<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "000000"; google_color_bg = "000000"; google_color_link = "CD6958"; google_color_url = "CD6958"; google_color_text = "CD6958"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> ra'ihatulfirdausi
New Page 1

Indahnya Kalam Tuhan..Ku Tenggelam Dengan Syahdu Mu, Tutur Bahasa Mu Menikam Kalbu, indah wajahmu Pengubat rindu, Kias Lirik Mu Selembut Baldu, Begitu Cantik Agung Namamu Aduhai AL-QURAN

: : Laman Utama : : Laman Tazkirah : : Laman Novel : : Album : :






users online




"Maka akan diuji akan dirimu daripada perasaan takut,kelaparan dan kehilangan dari harta,diri dan buah2an.dan berita gembira bagi mereka yang sabar. " (AlQuran)

New Page 1

mY pRoFiLe


Assalammualaikum warahmatullah..,

I am just an ordinary girl which are really simple either in my life style or my name. I've  been in this wonderful on 19 February 1984. Still study now days and doing my undergraduate on bachelor degree in higher education institution which are located somewhere in northern. There's nothing interesting about me by the way. I just wanna share this tazkirah blog with you guys and I don't think so I should tell about me in detail or should describe about myself. What ever enjoy your surfing on this blog. Thank you.

Rai'hatul Firdausi






"Sesungguhnya solat itu, akan menghindarkan diri dari sifat keji dan mungkar"



sabda nabi s.a.w "sembahyanglah seperti mana aku sembahyang"


ibnu abbas berkata abu sufyan memberitahukan kepada dlm ceriteranya mengenai hercules yang memanggil abu sufyan dan bertanya mengenai apa saja yang diperintahkan oleh Nabi saw. abu sufyan lalu menjawab " ia memerintahkan kepada kita semua supaya mengerjakan solat berkata serta berbuat yang benar dan juga bersifat 'iffah yakni menjauhi dan menahan diri dari apa-apa yang menjadi larangan Allah taala"

ibn hazm dan anas bin malik berkata nabi saw bersabda: Allah lalu memfardhukan kpd umatku sebyk 50 kali solat dlm sehari semlm, aku lalu kembali dengan mengemban kewajipan yg difardhukan utk seluruh umatku itu, sehingga datanglah aku melalui Musa tiba2 dia bertanya: Apakah yg difardhukan oleh Allah atas diri anda dan seluruh umat anada? aku menjawab Allah fardhukan utk melakukan 50 kali solat. Musa berkata: kembalilah kepada tuhanmu, sbb umat anda tidak kuat melaksanakannya. aku pun kembalilah kemudian meberikan keringan separuhnya terus aku kembali lagi menemui MUsa. dia berkata: kembalilah sekali lagi kepada tuhan anda sbb umat anda tentu tidak kuat melaksanakan separuhnya-yakni 25 solat dlm sehari semalam. aku pun kembali kpd tuhanku-utk memohon keringanan- kemudian Tuhan berfirman "solat yg kufardhukan itu lima kali-dlm sehari semalam-dan lima kali itu pahalanya sama dengan solat 50 kali. Firman ini tidak dpt diganti di sisiKu. Aku kembali menemui Musa dan dia masih berkata : Kembalilah kpd tuhanmu! aku berkat: telah merasa malu aku dari Tuhanku- jadi beliau saw sudah merasa puas dengan adanya 5 kali solat fardhu dlm sehari semalam itu"


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


CUACA HARI INI

The WeatherPixie






Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

CONTACT ME

YAHOO!!!

 

~GuEsT BooK~

[ Read / Sign my guestbook ]
Get a free Guestbook






Free Hit Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, June 12, 2005
haruman raudah 3

assalammualaikum warahmatullah....

        Selamat datang ana ucapkan kepada semua. Baiklah, dalam blog ini sebenarnya bukan sekadar dipaparkan tazkirah tp terdapat juga pautan-pautan blog lain yang sengaja ana linkkan. Blog tazkirah diisikan di sini memandangkan sayang untuk ana buangkan satu ilmu atau tazkirah yg ana peroleh lantaran di situ terdapatnya ilmu.

       Berkongsi ilmu bersama pengunjung sama ada yg dikenali atau tidak dikenali sekurang-kurangnya dapat menambahkan pahala yang kita kejari. Mungkin ada yang terkejut lantaran terdapat laman novel dan laman album di sini.

       Buat semua...selamat membaca dan berkunjung ke laman ini. Insya-Allah...segala info yang diperoleh akan ana masukkan di sini. Andai ada yang ingin berkongsi pendapat dan pandangan bolehla hubungi ana melalui e-mail atau tinggalkan jejak kepada ana. Syukran jazilan semua.

Wassalammualaikum

Posted at 09:47 pm by nadianordin
harumanraudah  

Wednesday, May 04, 2005
Haruman Raudah


Assalammualaikum warahmatullah...

    Hidup ini sekadar persinggahan dalam menuju ke kehidupan kekal abadi. Kunci untuk menuju ke taman syurgawi sememangnya adalah dunia. Di sini, segalanya bermula,di sini bermulanya perjuangan kita dalam memperbanyakkan amalan buat menuju ke sana. Amalan yang diperhitungkan, Ilmu yang diamalkan.

" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. "

                                                                                                                                            surah al-ashr ( ayat 1-3 )

Sudut ruangan tazkirah ini diwujudkan bagi memperingati sesama sendiri, tentang peranan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Di ruangan ini juga seboleh mungkin kita berkongsi pengetahuan dan bermuhasabah dalam menyedarkan diri kita.

Sabda nabi s.a.w " Sampaikanlah walaupun satu ayat.."


Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyampaikan ilmu itu walaupun satu ayat dan berkongsi bersama-sama. Bayi yang baru lahir bagaikan kain putih yang akan dicorakkan kehidupan mereka oleh ibu bapa mereka sama ada menjadi seorang nasrani, yahudi,islam mahupun kristian. Namun, bagi kita yang telah akil baligh kitalah yang mencorakkan kehidupan kita sendiri. Justeru, apa salahnya kiranya kita berkongsi ilmu dan pengetahuan yang dimiliki menerusi tazkirah ini bagi memperbaiki kehidupan yang kita miliki agar sentiasa berada di atas jalan kebenaran dan sentiasa dirahmati olehNya.

Adalah amat berbesar hati sekiranya sidang pembaca tidak kira muslimin mahupun muslimat kiranya sudi berkongsi maklumat dan tazkirah ini bersama-sama dengan ana. Seandainya terdapat tazkirah yang boleh dikongsikan bersama ana, bolehlah e-mailkan ke alamat nadd19_02@yahoo.com . Insya-Allah, ilmu yang dikongsi bersama akan membawa keberkatan kepada kita semua. Syukran Jazilan kepada semua. Ana memohon maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan di laman ini. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dirahmati dan diredhai olehNya. Amin. Wassalammualaikum warahmatullah wabarakatuh.


 


                                                                                   

Posted at 10:17 am by nadianordin
harumanraudah  

Sunday, May 01, 2005
Haruman Raudah



Assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh...

   Terlebih dulu ana memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami. Laman Weblog ini masih dalam pembinaan. Masih terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.   

    Insya-Allah, ana akan cuba untuk mengatasi kesulitan dan kekurangan yang terdapat di laman ini. Seandainya terdapat apa-apa info yang ingin dikongsi bersama, ukhti semua boleh hubungi ana menerusi e-mail.

   Sekali lagi ana memohon maaf di atas kesulitan dan kekurangan yang terdapat di laman blog ini. Wassalammualaikum warahmatullah wabarakatuh

                                                  Raihatul Firdaus

Posted at 07:55 am by nadianordin
harumanraudah